Biarpun hanya tugas sebagai pelayan, pencuci nampak mudah dan remeh, perlu juga disiplin
diri.
Ada juga yang selesai kerja syif pagi lalu beralih pula kerja sampingan di malam hari.
Kagumku dengan wanita yang sudah berusia itu, sanggup ambil dua kerja dalam satu hari dan aku salah seorang saksi.
Namun kutahu mereka tidak peduli. Mereka tidak memilih demi sesuap nasi.
Ku hairan juga kerja memang berlambak sana sini.
Masih ada di luar sana penganggur sejati.

Masih ada juga mereka yang tercari-cari.
Adakah mereka memilih pekerjaan yang hanya disukai?
Kekosongan kerja yang ada senang-senang ditolak tepi dan sungguh aku tidak mengerti.
Sepatutnya mereka ada kesedaran dalam diri dan lihatlah mereka yang berhijrah ke sini demi mencari rezeki.
Mereka sanggup bertungkus lumus walau gajinya tidak tinggi.
Ayuh bangkitlah anak muda, bangkitlah sesiapa sahaja yang bergelar penganggur setia.
Ubah mentaliti, elakkan dari memilih kerja yang selesa sahaja. Carilah rezeki di mana-mana.
Jangan hidangkan alasan yang sudah lama dicipta. Pepatah ada berkata, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Ambillah pengajaran dari warga asing yang bersungguh-sungguh bekerja tanpa lelah dan letih.