1. Zon bebas cukai Rantau Panjang dan Dataran Baru Bukit Bunga
Zon bebas cukai Rantau Panjang ialah pusat membeli belah
yang agak terkenal di Kelantan dan biasanya tempat ini juga
menjadi sesak apabila musim cuti sekolah dan cuti-cuti perayaan. Zon bebas
cukai bermaksud segala barangan dan makanan yang dijual kebanyakannya murah
kerana diimport khas daripada negara sebelah, Thailand yang berdekatan dengan
bandar rantau Panjang, maka tidak pelik ramai yang berkunjung ke sini untuk
membeli pelbagai kelengkapan dan barangan secara borong dengan harga yang
murah.
Tidak kurang juga dengan dataran baru bukit bunga. Ianya
juga digelar Kawasan bebas cukai. Bukit Bunga terletak di antara daerah Tanah
Merah dan juga Pasir Mas. Sama konsepnya, barangan yang dijual pelbagai dengan
harga yang murah-murah. Barangan dan makanan dijual di tepi-tepi jalan secara
berderet membuatkan para pengunjung sempat singgah melihat apa yang menarik
dijual.
2. Masjid Kampung Laut
Pernah dengar binaan tanpa menggunakan sebarang paku? Pelik bukan? Kebanayakan kita dengari hampir semua binaan menggunakan paku untuk menyatukannya. Namun tidak bagi binaan Masjid Kampung Laut. Masjid Kampung Laut telah diiktiraf oleh Jabatan Arkib Negara sebagai masjid tertua di Asia Tenggara. Menarik bukan sejarah kita. Masjid Kampung Laut terletak di Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan. Pada asalnya, tapak asal masjid ini adalah di Kampung Laut. Namun ia dipindahkan dari tempat asalnya kerana berlakunya banjir besar di Kelantan pada tahun 1966. Masjid ini mempunyai reka bentuk yang unik. Ianya dapat dilihat pada bumbungnya malah binaannya yang asal dahulu tidak menggunakan sebarang paku. Sejuk sahaja apabila saya solat di dalamnya.

3. Pasar Besar Siti Aishah Jelawat dan Pasar Besar Tanah Merah
Pasar Besar Siti Aishah Jelawat pula berada di pusat bandar Jelawat, Kelantan. Sama konsepnya dengan pasar-pasar lain. Pasar Besar Tanah Merah pula merupakan pasar yang sering saya singgah apabila balik ke kampung halaman di daerah Tanah Merah. Sama juga setiap pasar menyajikan segala bentuk makanan dan barangan dengan harga yang murah. Kuih-kuih yang kebiasaanya hanya terdapat di Kelantan dapat dilihat berderet disusun oleh penjual, bahkan segala kerepek ada dijual. Barangan basah seperti ayam, ikan daging, udang, sotong juga tidak ketinggalan. Pelbagai sayuran, ulam-ulaman segar malah buah-buah tempatan berlambak di jual di pasar. Tidak kurang juga kelengkapan memasak seperti kuali, periuk, senduk boleh didapatkan di pasar. Rempah-rempah ratus dan barangan memasak juga banyak jenisnya. Pening mak saya untuk memilihnya.

4. Pantai Tok Bali dan Pantai Irama
Pantai Tok Bali dan Pantai Irama pula antara pulau yang terdapat di Kelantan. Banyak lagi pulau-pulau yang menghiasi negeri Kelantan namun hanya dua pulau ini sahaja yang sempat saya kunjungi. Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan pantai yang utama dan terkenal bukan sahaja di daerah Bachok, malah di negeri Kelantan dan Malaysia. Pantainya yang berpasir dan landai sesuai untuk aktiviti berkelah, riadah , mandi laut, sukan air dan memancing. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung di Pantai Irama adalah seperti gerai makanan - ikan/udang/sotong celup tepung, keropok lekor, ABC, Air Kelapa Muda. Taman permainan kanak-kanak, tandas awam. Kemudahan pengangkutan awam, surau. Antara kemudahan di tepi Pantai Irama yang disediakan kepada pengunjung adalah seperti Banana Boat, ATV dan juga kereta kuda. Memandangkan kampung ayah di Bachok, kami sekeluarga selalu singgah di sini sambil merehatkan badan serta minda yang penat.

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang ingin saya pergi namun apakan daya masa selalu mencemburui. Buat masa ini, inshaa Allah saya dan sekeluarga akan singgah di Jambatan Keretapi Guillemard, Gunung Stong dan juga Putra Valley Resort jika waktu mengizinkan. Memang benar jauh pemandangan luas pandangan, namun tidak semua mampu menikmati pemandangan itu. Tidak mampu samada dari segi masa, tenaga atau wang. Namun jika berkesempatan, kembaralah, telusurilah bumi Allah yang indah ini. Syukuri nikmat dan ambillah ibrah dari setiap perjalanan itu. Sekian…
No comments:
Post a Comment