Dalam
kehidupan manusia, tentunya akan ada tokoh yang menjadi idola. Tokoh idola iaitu
tokoh yang disenangi dibanggakan ataupun dikagumi. Biasanya tokoh idola
ini memilki kelebihan-kelebihan sehingga menjadi teladan yang ingin kita contoh
atau tiru. Memandangkan nama yang diberikan oleh mak dan ayah ialah Aishah,
maka idola diri ini juga tidak lain dan tidak bukan iaitu, Saidatina Aisyah R.A
isteri Rasulullah S.A.W.
Saidatina Aisyah merupakan salah
seorang perawi hadis yang mana membuktikan bahawa beliau bukanlah calang-calang
Muslimah. Aisyah termasuk wanita
yang banyak menghafal hadis-hadis Nabi SAW, sehingga para ahli hadis
menempatkan dia pada urutan kelima dari para penghafal hadis setelah Abu
Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik dan Ibnu Abbas.
Selain itu, beliau mempunyai kecerdasan akal yang tinggi. Dalam salah satu riwayat dari Abu Musa, dia
berkata, “setiap kali kami menemukan masalah dengan hadis yang diriwayatkan oleh
seorang sahabat, kami pasti mendapatkan jawapannya dari Aisyah.”
Kehidupan Saidatina Aisyah penuh
dengan kemuliaan, kezuhudan, ketawadhuan, pengabdian sepenuhnya kepada
Rasulullah SAW dan selalu beribadah serta sentiasa melaksanakan solat malam.
Selain itu, Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sehingga di dalam rumahnya tidak
ditemukan wang satu dirham atau satu dinar sekalipun. Muslimah pada zaman dahulu amatlah terjaga
akhlaknya, tinggi akidahnya, luhur budinya. Inikan pula anakanda sahabat
Rasulullah yang tercinta iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq. Sudah semestinya
srikandi Islam tersebut terdidik dengan akidah dan akhlak yang teguh dan kukuh
pada zaman permulaan Islam dahulu. Sifat, akhlak dan iman yang tinggi beliau
wajar diteladani. Memang tidak disangkal lagi, tokoh Islam ini layak diangkat menjadi
salah satu idola dan ikon remaja Muslimah kini.
No comments:
Post a Comment