Sebelum kaki ini menjejak di alam kampus, saya menerima pendidikan di sekolah menengah kebangsaan agama. Dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6, bukan sahaja menerima pendidikan, malah tarbiah islamiah juga diterapkan di sekolah tersebut.
Disebabkan rumah agak jauh dari sekolah ini lebih kurang satu jam dari rumah, saya memohon untuk tinggal di asrama. Pada mulanya agak janggal dan perit juga apabila saya terpaksa tinggal berjauhan dari keluarga tetapi tidak lama selepas itu, perasaan itu hilang dan saya dapat menyesuaikan diri ditambah dengan kawan sekeliling yang banyak menyokong. Walaupun saya keseorangan memasuki sekolah pilihan ayah, namun syukur saya menemukan kawan baru yang baik-baik semuanya. Banyak kenangan berada di sekolah ini. Tidak dapat diceritakan semuanya, terlalu banyak, biarlah ia menjadi memori yang kekal di ingatan. Kerana semua kenangan itu menjadi saksi akan jatuh bangun saya sebagai seorang pelajar. Zaman nakal, zaman kegemilangan, zaman kegelapan, semuanya dirasai oleh insan yang bergelar pelajar. Sudah tentu tidak dapat dinafikan, itulah yang dilalui di sekolah kita masing-masing dahulu.
Masjid Sofwatul Abrar sebagai kemudahan pelajar untuk solat berjemaah dan melakukan program lain seperti usrah. |
Bagi saya, gembira
bahkan bersyukur ditempatkan di pusat pembelajaran yang dikelilingi biah
solehah. Jadual seharian di asrama menjadi bukti dan saksi akan biah solehah di
situ. Semua program wajib diikuti. Rindu terdetik di hati mengenangkan suasana
islamik di sekolah tersebut. Para pelajar selalu diingatkan supaya menjaga solat,
akhlak, adab berpakaian, adab pergaulan dan lain-lain lagi. Pelajar juga masih lagi dapat bergantung kepada guru-guru jika mempunyai masalah berkaitan pelajaran. Amat diambil berat dan
dijaga, bagai menatang minyak yang penuh oleh para pendidik di situ.
Replika Kaabah semasa program amali tawaf di sekolah dahulu |
Namun betul
apa yang dikongsikan oleh salah bekas pelajar sekolah dahulu bahawa keadaan di
alam universiti cukup bebas dan pelajar menjalani kehidupan seharian mengikut
acuan pilihan masing-masing. Cukup
berbeza berbanding di sekolah yang mana cukup
sarat dengan disiplin. Di
alam kampus, seseorang itu perlu berdikari tanpa pertolongan orang lain lebih-lebih lagi dalam pelajaran. Selain itu, masing-masing bebas untuk membuat pilihan dan keputusan. Bergantung
padanya sahaja tanpa paksaan. Tabiat hidup sehari-hari, tingkahlaku yang
terzahir, gaya percakapan yang ditutur dan gaya hidup yang dipilih, semuanya
atas tindakan diri sendiri tanpa ada kongkongan orang lain. Betul, semuanya bergantung
atas kebijaksanaan individu untuk memilih dan menilai sesuatu perkara itu sama
ada baik ataupun buruk.
No comments:
Post a Comment