Bulan rahmat bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa
Tersenyum sebaik mendengar bait-bait nasyid yang menyambut
kedatangan Ramadan. Hari ini merupakan hari kelapan puasa bulan Ramadan bagi
seluruh umat Islam. Seronok sekali menggambarkan suasananya. Bulan ibadah, terisi
dengan puasa, solat tarawih, tadarus Al-Quran, sedekah, dan amalan amalan sunah
lain yang pastinya dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding
bulan-bulan yang lain. Tatkala itu, aku teringat suasana puasa di kampung.
Walaupun kaki ini sudah dua tahun menjejak kaki di menara gading
Walaupun kaki ini bermusafir jauh dari tempat kelahiran
Walaupun kaki ini mengorak langkah di perantauan
Namun tetap di bumi Kelantan, suasana Ramadannya menjadi igauan
Menjadi kenangan dan rinduan
Meniti setiap detik Ramadan bersama kakak, adik dan abang di kampung halaman
Walaupun kaki ini bermusafir jauh dari tempat kelahiran
Walaupun kaki ini mengorak langkah di perantauan
Namun tetap di bumi Kelantan, suasana Ramadannya menjadi igauan
Menjadi kenangan dan rinduan
Meniti setiap detik Ramadan bersama kakak, adik dan abang di kampung halaman
Memang tidak dapat dilupakan memori kenangan semasa masih
kecil dahulu sebelum mereka membawa haluan masing-masing. Tidak pelik, sewaktu zaman
kecil, ku anggap bulan Ramadan hanya menantikan hidangan menyelerakan,
permainan bunga api yang menghiburkan, sama-sama menunaikan solat sunat tarawih
lalu seronok berkejaran. Sungguh indah jika diimbas kembali, kenangan yang
menggembirakan hati waktu kecil dahulu, waktu yang belum terselit dan terfikir
sebarang masalah sehari-sehari. Namun waktu berlalu begitu pantas sekali, dan hanya menikmati
sepi angin disapa memori dahulu yang hanya menggamit rindu. Setiap kali bulan Ramadan datang menjengah, kenangan tersebut pasti berulang kembali.
Namun setelah melalui
arus kematangan, diakui kedatangan Ramadan bukanlah hanya keseronokan
semata-mata. Ku sedar bulan ini ada banyak keistimewaannya yang tidak ada pada bulan-bulan
yang lain.
Bulan Ramadan ialah
bulan yang diturunkan Al-Quran, juga bulan di mana syaitan dibelenggu serta
tidak dibiarkan lepas seperti bulan yang lain. Para malaikat beristighfar untuk
mereka yang berpuasa sehingga berbuka. Malah, bau mulut mereka yang berpuasa
itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah. Pada 10 hari terakhir Ramadan
juga ada satu malam dianugerahkan Allah kepada mukmin dan ditunggu-tunggu oleh
hambanya kerana di dalamnya, pahala ibadah bersamaan 1000 tahun. Malam yang penuh keberkatan dan rahmatNya. Ianya malam
Lailatul Qadar.
Walaupun bergelar mahasiswa, itu tidak boleh dijadikan alasan
untuk tidak mengimarahkan bulan Ramadan dengan ibadat-ibadat sunat seperti
tarawih. Sedar bahawa tuntutan menyiapkan tugasan di saat-saat akhir itu
penting namun jangan dilupakan bahawa Ramadan hanya singgah sekali dalam setahun.
Mereka mengambil mudah, mengapa tidak memanfaatkan bulan barakah ini. Yang
pastinya, di bulan Ramadan, rahmat Allah itu terbuka luas, barakah bulan Ramadan
sepatutnya direbut-rebut bagi mereka yang sedar kasih sayang Ilahi. Berebut untuk menggandakan amal ibadah,
berebut untuk mendapat keredaan Allah dan bersungguh meminta keampunan atas
dosa-dosa lalu dan kini. Sungguh di bulan Ramadan, amatlah rugi jika kita mensia-siakan
setiap detik darinya.
No comments:
Post a Comment